Siaran Akhbar admin September 17, 2021

Siaran Akhbar

Neopharma Technologies telah diiktiraf sebagai 100 syarikat Teknologi Penjagaan Kesihatan Teratas pada tahun 2021. Mendahului dalam Ujian Penyalahgunaan-Dadah

Siaran Akhbar pada 7hb September 2021
Neopharma Technologies Ltd ialah pemilik dan pengendali peranti ujian Penyalahgunaan Dadah yang dipatenkan di peringkat global, mempunyai tanda dagangan dan memenangi anugerah dan platform Pengurusan Sumber Perusahaan: TamperLoks DataVault. Hari ini Neopharma mengumumkan yang ia telah disenaraikan dalam senarai 100 Syarikat Teknologi Teratas 2021 Laporan Teknologi Penjagaan Kesihatan.
“Adalah merupakan satu penghormatan bagi syarikat kami untuk diiktiraf di samping mereka yang terbilang & syarikat yang dihormati seperti Johnson & Johnson, Boston Scientific, Abbott dan 3M” kata Shaun Melville Ketua Jualan Global & Pemasaran untuk Neopharma Technologies.
“Neopharma Technologies komited untuk mencipta penyelesaian amalan keselamatan terbaik di tempat kerja pada peringkat global melalui penyelesaian ujian Penyalahgunaan-Dadah yang terkemuka di dunia TamperLoks DataVault. Kesan pandemik Covid-19 telah menyerlahkan kepentingan peningkatan ujian pantas serta bagaimana data tersebut boleh diuruskan dalam masa nyata. Neopharma Technologies telah memasuki pasaran bagi mengubah cara maklumat ini dikumpul, dipindah, disimpan, diurus dan dilaporkan dengan selamat. Di saat syarikat itu berkembang untuk meningkatkan pasaran sahamnya dalam industri ujian Penyalahgunaaan-Dadah Global, ia kini melihat kaedah untuk mengurus semua data kesihatan kritikal berkaitan IVD termasuk Covid19, Demam Denggi, HIV dengan lebih baik, selamat dan terjamin. ”.
Tentang Laporan Teknologi Penjagaan Kesihatan
Laporan Teknologi Penjagaan Kesihatan menyediakan penyelidikan dan pandangan pasaran, berita perniagaan, perkembangan terkini aktiviti pelaburan dan perkembangan pembangunan korporat yang berkaitan dengan sektor teknologi penjagaan kesihatan. Berpangkalan di New York City, firma itu dikendalikan oleh sepasukan editor berpengalaman, penulis dan profesional media yang berpengetahuan tinggi tentang teknologi penjagaan kesihatan dan pelbagai syarikat, eksekutif dan para pelabur yang membentuk sektor ini.
Tentang 100 Syarikat Teknologi Penjagaan Kesihatan Terbaik 2021
Laporan Teknologi Penjagaan Kesihatan dengan sukacitanya mengumumkan 100 Syarikat Teknologi Penjagaan Kesihatan Terbaik 2021. Penerima anugerah tahun ini terdiri daripada pelbagai syarikat yang terdiri daripada syarikat terkenal seperti Johnson & Johnson, 3M Health Care, dan Illumia kepada perusahaan yang agak baru namun berkembang pesat
Pelbagai produk dan perkhidmatan canggih yang ditawarkan melalui syarikat ini – daripada farmasi digital kepada penjagaan pesakit holistik dan robotik dikuasakan oleh AI hingga ke pembayaran penjagaan kesihatan digital – bukan sahaja menjurus kepada aspek pemodenan sektor penjagaan kesihatan bahkan masa depan yang lebih cerah di mana penjagaan kesihatan didemokrasikan untuk semua.
Kemajuan di dalam penjagaan kesihatan, sama ada melalui data dan komunikasi, penyelidikan dan ujian klinikal, atau tawaran pengguna, turut telah membantu mewujudkan persekitaran yang membolehkan alternatif penjagaan yang lebih terjamin. Syarikat perintis yang dipilih untuk senarai tahun ini mempunyai satu persamaan: mereka merevolusikan cara hidup kita, dan cara kita mengemudi salah satu faktor terpenting bagi kita semua: kesihatan kita.
“Tahniah kepada Neopharma Technologies” kata Melissa Williams daripada Laporan Teknologi Penjagaan Kesihatan “Setelah menyemak kedua-dua bilangan dan kualiti penyerahan pencalonan yang pihak kami terima bagi pihak syarikat anda, kami berbesar hati untuk memanjangkan jemputan untuk Neopharma Technologies agar dimasukkan sebagai penerima anugerah 2021”
Penerima anugerah yang berikut telah dicalonkan dan dipilih berdasarkan proses penilaian yang menyeluruh. Antara kriteria utama yang dipertimbangkan ialah kualiti perkhidmatan produk, penerimaan pelanggan, kaliber pasukan pengurusan, keberkesanan organisasi dan pertumbuhan syarikat antara faktor lain.
100 Syarikat Teknologi Teratas 2021 boleh dilihat di sini:
100 Syarikat Teknologi
Penjagaan Kesihatan
Terbaik 2021
100 Syarikat Teknologi Penjagaan Kesihatan Terbaik 2021
100 Syarikat Teknologi Penjagaan Kesihatan Terbaik 2021
Tentang Neopharma Technologies Ltd
Neopharma Technologies Ltd ialah sebuah Syarikat Australia awam tidak tersenarai. Visi strategiknya adalah untuk menjadi peneraju global dalam campur tangan awal penyalahgunaan-dadah, melalui ujian yang boleh dipercayai, pengurusan dan pemulihan. Ia merupakan pemilik dan pengendali peranti ujian Penyalahgunaan-Dadah yang dipatenkan, mempunyai tanda dagangan dan memenangi anugerah dan platform Pengurusan Sumber Perusahaan: TamperLoks DataVault (TLDV).
Fill out the form and we'll be in touch soon!

Bagaimana kami boleh membantu anda?

[contact-form-7 id="69271"]
Merci d’avoir atteint

Neo Pharma Technologies

This site is registered on wpml.org as a development site.